Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu
kahwin?
Di sini, Atin sampaikan kepada anda 7 rahsia
utama dalam perkahwinan.Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang
tersendiri. Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin.
Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup
bahagia bersama keluarga yang dibina.
1. Sunah para nabi
dan rasul
Perkahwinan dianggap sebagai salah satu
daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus
beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan
keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)
2. Zuriat keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya
agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan
bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
3. Suatu ibadah
Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang
dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat
bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan
hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu,
maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah
pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”
4. Bertanggungjawab
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan
masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu
memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin
rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan
daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana
takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”
5. Memelihara maruah
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah
kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud,
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah
tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat
menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu,
hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah
(nafsu syahwat).”
6. Menyuburkan perasaan keibubapaan
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam
memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
7. Disiplin rumah tangga
Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga
melalui pengagihan tugas suami isteri, ubu dan bapa yang membawa kepada
disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.
No comments:
Post a Comment