Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah
salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak
lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan
penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram
ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.
Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita
ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan
seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur
dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau
dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya,
kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita
ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus
mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti
duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan
wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji
dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat
lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada
dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan
tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih
kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman
berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia
juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius
kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka
bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik
dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara
berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di
ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh
seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu
elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya
dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan
spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang
memancar keluar dengan indah & mempesona.
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna J
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^